Saturday, 21 October 2017

RGB & CMYK


APA ITU RGB DAN CMYK ???





RGB (Red-Green-Blue)

Red, Green dan Blue adalah warna yang dikategorikan sebagai warna-warna tambahan ("additive"). Mengapa ianya dipanggil sedemikian? Kerana latar belakang bagi warna ini adalah hitam. Sekiranya ketiga-tiga warna ini digabungkan bersama, warna yang akan terhasil adalah warna putih.
Inilah prinsip yang digunakan dalam televisyen dan skrin monitor anda. Beribu-ribu LED mikro atau tembakan laser akan menyalakan latar belakang hitam berdasarkan kepada tahap kecerahan setiap warna. Variasi keterangan warna RGB ini akan menghasilkan pelbagai tona dan jenis warna yang anda lihat sekarang.
Warna-warna ini sebenarnya tidak ditindih antara satu sama lain sebaliknya disusun dengan begitu rapat. Pancaran cahaya dari skrin monitor seterusnya akan memasuki retina mata manusia. Disebabkan oleh susunannya yang terlalu rapat, mata manusia tidak dapat membezakan dan seolah-olah ditipu untuk menghasilkan variasi warna yang pelbagai. Semakin tinggi bilangan warna yang disusun dalam satu ruangan (contohnya 1 inci x 1 inci) semakin tinggi resolusi dan variasi warna dapat dihasilkan. Semakin tinggi resolusi semakin tajam warna dan imej yang dihasilkan.
Inilah konsep yang digunakan dalam High Defination yaang menghasilkan 1080 pixel (bilangan pixel) dalam satu inci ruangan. Dalam erti kata mudah, dalam satu inci persegi skrin monitor mengandungi 1080 LED yang menyalakan tiga variasi warna secara bergilir iaitu RGB.

CMYK (Cyan-Magenta-Yellow-Black)

Berbeza dengan RGB, CMYK terdiri daripada 3 warna utama iaitu Cyan, Magenta dan Yellow. CMYK diklasifikasikan sebagai warna penyerap ("subtractive"). Sekiranya kita mencetak ketiga-tiga warna ini pada kertas putih (berlatar belakangkan putih), cahaya yang dipancarkan kepada kertas akan diserap oleh warna-warna ini.
Tahap kekuatan dan ketebalan dakwat yang digunakan akan menentukan jumlah cahaya yang diserap. Sekiranya ketiga-tiga warna ini dicampurkan bersama, keseluruhan cahaya akan diserap dan tiada sebarang cahaya yang dapat dipantulkan masuk ke mata manusia. Ini akan menghasilkan warna hitam.
Namun, dalam proses cetakan bagi menghasilkan warna hitam, memerlukan ketiga-tiga warna dicampurkan atau dicetak berulang kali di atas kertas. Walau bagaimanapun, warna yang terhasil adalah bukan warna hitam asli sebaliknya coklat suram. Lapisan yang tebal perlu dilakukan sehingga warna hitam betul-betul terhasil. Keadaan ini akan mengakibatkan kertas mula menjadi basah dan membazirkan dakwat.
Disebabkan kelemahan ini, satu warna tambahan iaitu hitam diwujudkan dan dilabelkan sebagai "K" berbanding "B" agar tidak tersalah maksud sebagai "Blue". Oleh itu, dalam dunia pencetakan, selalunya profil warna CMYK ditulis berbanding CMY sahaja. Perhatikan juga bahawa CMYK menggunakan warna yang lebih ringan berbanding RGB kerana dalam prinsip cetakan, untuk hasilkan tona yang lebih gelap hanya perlu tambahkan sukatan dakwat tersebut. Jika warna gelap terus digunakan, cetakan untuk imej terang akan menjadi gelap.


Sebagai kesimpulannya, RGB dan CMYK boleh dirumuskan sebagai:

  • RGB digunakan untuk menghasilkan dan memaparkan imej pada skrin manakala CMYK digunakan dalam pencetakan pada kertas atau bentuk media yang lain
  • Kedua-duanya mengunakan konsep yang sama (bilangan piksel atau titik dalam satu ruang persegi); semakin tinggi bilangan piksel, semakin tajam imej yang dihasilkan.
  • RGB adalah model warna tambahan (memancar cahaya pada latar hitam), manakala CMYK adalah model warna penyerap (menyerap cahaya pada latar putih)
  • CMYK menggunakan warna tambahan hitam dalam profilnya berbanding mengabungkan ketiga-tiga warna untuk hasilkan warna hitam
  • Kedua-dua model ini saling bersangkutan, RGB --> CMYK --> RGB



RUJUKAN : https://www.drupalnote.my/html-warna/perbezaan-rgb-dan-cmyk

No comments:

Post a Comment