Wednesday, 27 December 2017

KOMIK


KOMIK


Komik ialah satu medium grafik dimana lukisan-lukisan disusun dalam petak. Petak-petak itu menggambarkan peristiwa yang ingin disampaikan dan juga mengandungi belon-belon yang berisi dialog supaya watak-watak dalam komik tersebut seolah-olah menjadi hidup.


CARA - CARA MEMBUAT KOMIK : 

1 . Membuat Story Board 
2.  Melakar watak 
3.  Kemaskini di aplikasi Adobe Illustrator 


Contoh Story Board Komik : 









Pada bahagian ini saya membuat lakaran asas sahaja supaya saya akan senang membuat kerja kemaskini di Adobe Illustrator nanti .


Contoh Komik yang sudah Edit : 












Boleh lihat cara membuat komik dekat link dibawah : 


Photography

FOTOGRAFI 


Fotografi ialah proses untuk menghasilkan gambar foto melalui tindakan cahaya. Pola-pola cahaya yang dipanculkan atau dipancarkan oleh objek-objek dirakamkan pada perantaraan peka atau cip storan melalui pendedahan tempoh tertentu. Proses ini dilaksanakan melalui peranti-peranti mekanik, kimia atau digit yang dikenali sebagai kamera.


KAMERA

Kamera ialah alat yang digunakan untuk merakam imej sebagai gambar foto yang pegun atau satu susunan imej bergerak (filem atau video). Istilah ini serta kamera masa kini berevolusi dari camera obscura, frasa bahasa Latin bagi "bilik gelap", suatu mekanisme awal bagi memaparkan imej, yang mana seluruh bilik yang berfungsi sebagai sistem penghasilan imej tepat pada masa.



CONTOH - CONTOH GAMBAR YANG DIAMBIL MENGGUNAKAN TEKNIK ISO SAHAJA : 










Terma ISO ini dibawa dari era kamera filem. Filem yang digunakan diklasifikasikan mengikut kelajuan filem iaitu nilai kepekaan filem terhadap cahaya.

ISO memberikan kita kebebasan dan kemampuan untuk merakam imej di dalam keadaan yang gelap dan pencahayaan yang tidak sekata.

ISO menentukan tingkat sensitivitas sensor terhadap cahaya sehingga semakin tinggi nilai ISO maka sensor akan semakin peka terhadap cahaya meski dengan resiko meningkatnya noise pada foto. Faktor ISO ini menjadi pelengkap komponen eksposure selain shutter dan aperture, terutama saat kombinasi shutter dan aperture belum berhasil mendapatkan nilai eksposure yang tepat.

Sunday, 24 December 2017

FLYER

  DEFINISI BROSUR ( FLYER) 


Brosur, buku kecil, atau pamflet adalah terbitan bukan berkala yang dapat terdiri dari satu hingga sejumlah kecil muka surat, tidak mempunyai perkaitan dengan terbitan lain, dan selesai dalam sekali terbit. Halamannya sering dijadikan satu (antara lain dengan pengokot, benang, atau kawat), tapi tidak menggunakan jilid keras. Menurut takrifan UNESCO, brosur adalah terbitan tidak berkala yang tidak dijilid keras, lengkap (dalam satu kali terbitan), memiliki paling sedikit 5 halaman tetapi tidak lebih dari 48 halaman, di luar perhitungan halaman sampul.

Di England dari abad ke-16 hingga abad ke-18, istilah pamphlet digunakan untuk risalah singkat dan berkontroversi mengenai topik-topik terkini, umumnya berhubungan dengan agama atau politik.


FUNGSI FLYER


 Menjual produk atau servis atau memperkenalkan produk.Kebiasaannya flyer digunakan untuk menjual produk atau servis. Flyer adalah untuk diedar di secara umum kerana sifat fizikalnya yang tidak terlalu membebankan si penerima flyer.


CIRI-CIRI FLYER : 

Ciri-Ciri Pengiklanan Berkesan Menggunakan Flyers:
  1. Saiz             :      A5.
  2. Jenis Kertas :     Art paper 128gsm.
  3. Printing         :     Both side (depan belakang)
  4. Warna           :     4c x 4c (full color, using RGB format).



          CONTOH - CONTOH FLYER : 


















Wednesday, 13 December 2017


          APA ITU POSTER ?????


Poster merupakan karya seni atau reka bentuk grafik yang memuat komposisi gambar dan huruf di atas kertas berukuran besar. Pengaplikasiannya dengan ditampal pada dinding atau permukaan datar lain dengan sifat mencari perhatian orang ramai sekuat mungkin. Kerana itu poster biasanya dibuat dengan warna-warna kontras dan kuat.

Poster bisa menjadi sarana iklan, pendidikan, motivasi, propaganda, dan dekorasi. Selain itu boleh pula berupa salinan karya seni terkenal.



CIRI -CIRI POSTER YANG MENARIK:

            • MEMPUNYAI TIPOGRAFI
            • MEMPUNYAI GAMBAR
            • SENANG DIFAHAMI
            • IMEJ YANG JELAS

CONTOH POSTER-POSTER YANG MENARIK : 



Rajah 1  :Penggunaan tipografi yang dominan dalam pembuatan poster. 


Rajah 2 : Penggunaan imej subjek matter yang jelas .


Rajah 3 : Gabungan tipografi dan imej yang mudah difahami.

Rajah 4 : Penggunaan imej yang dominan .





Rajah 5 : Contoh Poster yang dibuat yang mempunyai ciri-ciri poster



Saturday, 21 October 2017

RGB & CMYK


APA ITU RGB DAN CMYK ???





RGB (Red-Green-Blue)

Red, Green dan Blue adalah warna yang dikategorikan sebagai warna-warna tambahan ("additive"). Mengapa ianya dipanggil sedemikian? Kerana latar belakang bagi warna ini adalah hitam. Sekiranya ketiga-tiga warna ini digabungkan bersama, warna yang akan terhasil adalah warna putih.
Inilah prinsip yang digunakan dalam televisyen dan skrin monitor anda. Beribu-ribu LED mikro atau tembakan laser akan menyalakan latar belakang hitam berdasarkan kepada tahap kecerahan setiap warna. Variasi keterangan warna RGB ini akan menghasilkan pelbagai tona dan jenis warna yang anda lihat sekarang.
Warna-warna ini sebenarnya tidak ditindih antara satu sama lain sebaliknya disusun dengan begitu rapat. Pancaran cahaya dari skrin monitor seterusnya akan memasuki retina mata manusia. Disebabkan oleh susunannya yang terlalu rapat, mata manusia tidak dapat membezakan dan seolah-olah ditipu untuk menghasilkan variasi warna yang pelbagai. Semakin tinggi bilangan warna yang disusun dalam satu ruangan (contohnya 1 inci x 1 inci) semakin tinggi resolusi dan variasi warna dapat dihasilkan. Semakin tinggi resolusi semakin tajam warna dan imej yang dihasilkan.
Inilah konsep yang digunakan dalam High Defination yaang menghasilkan 1080 pixel (bilangan pixel) dalam satu inci ruangan. Dalam erti kata mudah, dalam satu inci persegi skrin monitor mengandungi 1080 LED yang menyalakan tiga variasi warna secara bergilir iaitu RGB.

CMYK (Cyan-Magenta-Yellow-Black)

Berbeza dengan RGB, CMYK terdiri daripada 3 warna utama iaitu Cyan, Magenta dan Yellow. CMYK diklasifikasikan sebagai warna penyerap ("subtractive"). Sekiranya kita mencetak ketiga-tiga warna ini pada kertas putih (berlatar belakangkan putih), cahaya yang dipancarkan kepada kertas akan diserap oleh warna-warna ini.
Tahap kekuatan dan ketebalan dakwat yang digunakan akan menentukan jumlah cahaya yang diserap. Sekiranya ketiga-tiga warna ini dicampurkan bersama, keseluruhan cahaya akan diserap dan tiada sebarang cahaya yang dapat dipantulkan masuk ke mata manusia. Ini akan menghasilkan warna hitam.
Namun, dalam proses cetakan bagi menghasilkan warna hitam, memerlukan ketiga-tiga warna dicampurkan atau dicetak berulang kali di atas kertas. Walau bagaimanapun, warna yang terhasil adalah bukan warna hitam asli sebaliknya coklat suram. Lapisan yang tebal perlu dilakukan sehingga warna hitam betul-betul terhasil. Keadaan ini akan mengakibatkan kertas mula menjadi basah dan membazirkan dakwat.
Disebabkan kelemahan ini, satu warna tambahan iaitu hitam diwujudkan dan dilabelkan sebagai "K" berbanding "B" agar tidak tersalah maksud sebagai "Blue". Oleh itu, dalam dunia pencetakan, selalunya profil warna CMYK ditulis berbanding CMY sahaja. Perhatikan juga bahawa CMYK menggunakan warna yang lebih ringan berbanding RGB kerana dalam prinsip cetakan, untuk hasilkan tona yang lebih gelap hanya perlu tambahkan sukatan dakwat tersebut. Jika warna gelap terus digunakan, cetakan untuk imej terang akan menjadi gelap.


Sebagai kesimpulannya, RGB dan CMYK boleh dirumuskan sebagai:

  • RGB digunakan untuk menghasilkan dan memaparkan imej pada skrin manakala CMYK digunakan dalam pencetakan pada kertas atau bentuk media yang lain
  • Kedua-duanya mengunakan konsep yang sama (bilangan piksel atau titik dalam satu ruang persegi); semakin tinggi bilangan piksel, semakin tajam imej yang dihasilkan.
  • RGB adalah model warna tambahan (memancar cahaya pada latar hitam), manakala CMYK adalah model warna penyerap (menyerap cahaya pada latar putih)
  • CMYK menggunakan warna tambahan hitam dalam profilnya berbanding mengabungkan ketiga-tiga warna untuk hasilkan warna hitam
  • Kedua-dua model ini saling bersangkutan, RGB --> CMYK --> RGB



RUJUKAN : https://www.drupalnote.my/html-warna/perbezaan-rgb-dan-cmyk

Thursday, 12 October 2017

Raster Image & Vector Image

                     Raster Image Definition 
In computer graphics, a raster graphics or bitmap image is a dot matrix data structure, representing a generally rectangular grid of pixels, or points of color, viewable via a monitorpaper, or other display medium. Raster images are stored in image files with varying formats.

The smiley face in the top left corner is a raster image. When enlarged, individual pixels appear as squares. Zooming in further, they can be analyzed, with their colors constructed by adding the values for red, green and blue.

another example of raster image : 









What is Vector image? 

Vector graphics is the use of polygons to represent images in computer graphics. Vector graphics are based on vectors, which lead through locations called control points or nodes. Each of these points has a definite position on the x- and y-axes of the work plane and determines the direction of the path; further, each path may be assigned various attributes, including such values as stroke color, shape, curve, thickness, and fill


example of showing effect of vector





Self- portrait dan tipografi


Apa itu Self-Portrait ?
merupakan satu bentuk fotografi potret sendiri, biasanya diambil dengan menggunakan kamera digital ataupun telefon bimbit berkamera yang dipegang dengan tangan ataupun disokong menggunakan kayu swafoto. Gambar swafoto serting dikongsikan di media sosial seperti FacebookInstagram dan Twitter. Ia biasanya dilakukan untuk kelihatan kasual. Kebanyakan swafoto diambil dengan kamera dipegang pada jarak satu lengan atau dipantulkan pada cermin dan bukannya menggunakan pemasa sendiri. Kayu swafoto boleh digunakan untuk meletakkan kedudukan kamera lebih jauh daripada subjek, membolehkan lebih banyak subjek yang boleh disertakan pada kamera.

Rajah 1 : Contoh Self-portrait 


Rajah 2 : Contoh self-portrait 


TIPOGRAFI ??

Tipografi atau bahasa Inggeris Typography (berasal dari kata bahasa Greek typos = bentuk dan graphein = menulis) merupakan teknik dan seni mengatur huruf menggunakan gabungan bentuk huruf cetak, saiz fon, ketebalan garis, garis pandu (line leading), jarak aksara, dan ruang huruf untuk menghasilkan hasil seni aturan huruf dalam bentuk fizikal atau digital. Matlamat utama tipografi adalah mengatur teks (isi) dalam bentuk yang mudah dibaca dan menarik dipandang.
Tipografi dihasilkan melalui pengatur huruf, jurutipografi, artis grafik, pengarah seni dan pekerja perkeranian. Ia pernah merupakan pekerjaan khusus, tetapi penggunaan komputer telah membuka ruang bagi pengguna biasa dan pereka visual generasi baru.




Gabungan Self-Portrait dan Tipografi dalam!

















Monday, 18 September 2017

Apa itu grafik ?



Definisi Grafik 


Grafik (berasal dari perkataan Greek) merupakan persembahan visual yang ditunjukkan pada permukaan seperti dinding, kanvas, skrin komputer, kertas, papan untuk tujuan jenama, pemberitahuan, ilustrasi atau hiburan. Contoh grafik ialah gambar foto, lukisan, seni tanpa ton,  graf, tipografi, nombor, simbol, reka bentuk geometri, peta, lukisan kejuruteraan atau imej lain. Grafik selalunya menggabungkan teks, ilustrasi dan warna



1. Aplikasi yang digunakan dalam Grafik : 







Rajah 1 : contoh penggunaan Adobe Photoshop dalam grafik . 


Rajah 2 : Contoh melukis 'Self Portrait' dalam aplikasi grafik.



Rajah 3 : Contoh gambar logo menggunakan grafik



TUJUAN GRAFIK : 


Proses penghasilan seni yang mengrafik bertujuan untuk memudahkan orang ramai memahami sesuatu perkara berhubung dengan sesuatu maklumat melibatkan proses penciptaan bentuk-bentuk visual sebagai bahagian komunikasi yang berkesan kepada pelanggan. Memerlukan kemahiran menyusun muka taip, reka letak dan ilustrasi.




 FUNGI REKA BENTUK GRAFIK  :
              1. komunikasi
              2. Promosi petunjuk
              3. Peringatan
              4. Arahan
              5. Keperluan korporat


Rajah 4 : Contoh-Contoh Gambar Logo Grafik .